Thursday, March 13, 2014

Biodata Prof. Dato' Dr. Noordin Darus ( Pengasas Produk RXi )

Siapakah dia Professor Dato' Dr Noordin Darus? 

Sebelum beliau menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan WorldWellness Network (WWN), Dr Noordin Darus adalah doktor perubatan sepenuh masa dan juga merupakan seorang pakar kesejahteraan yang terkemuka ditanah air.
Penghasilan siri produk pelangsingan didalam WWN ini mungkin juga disebabkan latar belakang Dr Noordin Darus yang merupakan bekas Pengarah Sains dan Perubatan Kesukanan di Majlis Sukan Negara (MSN) dimana antara tugas utama beliau ketika itu bagi adalah untuk memastikan kesemua atlit-atlit negara sihat dan cergas sepenuhnya sama ada dari segi fizikal dan mental sebelum menyertai sesuatu kejohanan tidak kita diperingkat Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Olimpik ataupun kejohanan yang lain seperti Piala Thomas.
Beliau juga mempunyai pengalaman luas iaitu lebih 30 tahun dalam bidang-bidang berkaitan. Diantaranya adalah:
  • Mempunyai Kelulusan Doktor Perubatan dari Universiti Malaya
  • Pakar Perubatan Kesukanan terlatih dari London, United Kingdom
  • Bekas Pegawai Perubatan Psikiatrik di Hospital Universiti Malaya
  • Bekas Pengarah Sains dan Perubatan Kesukanan di Majlis Sukan Negara (MSN)
  • Bekas Presiden Pertubuhan Perubatan Kesukanan Malaysia
  • Pakar Motivasi Kesihatan dan Kesejahteraan terkemuka
  • Penulis buku Kesihatan dan Kesejahteraan
  • Penyumbang artikel untuk NST, The Star. Berita Harian dan majalah-majalah kesihatan
  • Personaliti Terkemuka dalam rancangan kesihatan di RTM, TV3 dan Astro
  • Pengasas konsep 'The Art of Total Wellness'
  • Pengasas WorldWellness Network(WWN)
  • Pengalaman sebagai Doktor dan juga sebagai bekas pesakit kanser

Bagi Dr Noordin Darus, semua penderitaan serta pengalaman yang beliau tempuhi sebagai pesakit kanser sebelum ini adalah merupakan ketentuan Allah S.W.T yang begitu teliti sekali merancang perjalanan hidupnya.
Kini Dr Noordin bertekad, sebelum beliau menutup mata, beliau ingin membantu menyembuhkan sejuta orang pesakit dengan penghasilan produk kesejahteraan yang berkualiti tinggi, disamping melahirkan seribu jutawan dengan memberi peluang perniagaan sebagai pengedar produk keluaran WorldWellness Network (WWN).
Berkat kesabaran beliau mendaki kejayaan demi kejayaan yang dikecapi bersama, kesemua usaha beliau selama ini telah diiktiraf dengan penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato' pada tahun 2010. Manakala pada tahun 2012 pula, beliau telah diberikan pangkat Professor oleh Allianze University College of Medical Science bagi sumbangan beliau didalam bidang 'Health & Wellness'. Sehingga kini Professor Dato' Dr Noordin Darus masih lagi disahkan bebas kanser.

8 comments:

  1. Replies
    1. tak baca habis ke artikel tu??... kalau baca habis mesti dapat jawapan persoalan tu...

      Delete
    2. Universiti tu dah tutup. Lama dah.. Cuba uztaz check

      Delete
    3. Beliau dapat title prof tahun 2012, universiti tersebut tutup tahun 2014

      Delete
    4. pada tahun 2012, beliau telah diberikan pangkat Professor oleh Allianze University College of Medical Science bagi sumbangan beliau didalam bidang 'Health & Wellness'.

      Delete
  2. Ada apa-apa paper yg beliau bentangkan di persada antarabangsa atau negara sebelum dianugerah title Professor?

    ReplyDelete